Sapura Energy melantik pakar penstrukturan semula Australia

Sapura Energy lantik pakar penstrukturan semula Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sapura Energy Berhad (Sapura Energy) yang berdepan dengan masalah kewangan yang teruk telah melantik pakar penstrukturan semula, Cosimo Borelli sebagai pengarah bukan bebas dan bukan eksekutifnya berkuat kuasa 25 Mac lalu.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia Jumaat lalu, Kumpulan itu berkata, pakar Australia itu kini merupakan peneraju amalan penstrukturan semula Asia Pasifik dan Caribbean bagi firma Kroll.

Menurut Sapura, beliau juga seorang pakar penyusunan semula dan insolvensi terkenal di Asia dan telah bekerja secara eksklusif dalam bidang ini sejak 1990.

“Cosimo Borelli juga dipandang tinggi atas kerjanya sebagai pengarah bebas kepada syarikat tersenarai di peringkat antarabangsa, terutamanya yang menjalani atau menyasarkan pemulihan, penggabungan dan pengambilalihan, pelupusan dan situasi istimewa.

“Tuga Borelli selalunya mempunyai tumpuan rentas sempadan termasuk kerja di Hong Kong, china, Singapura, India, Taiwan, Malaysia, Australia, United Kingdom, Bermuda, Eropah, Kepulauan Virgin British, Kepulauan Cayman dan Afrika,” katanya dalam kenyataan.

Borelli, 55, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Ekonomi dari Universiti Adelaide, Australia.

Pada 18 Mac, Sapura Energy mengumumkan kerugian bersihnya bagi suku keempat berakhir 31 Januari 2022 meningkat kepada RM6.61 bilion, berbanding kerugian RM216.03 juta tahun lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh kemerosotan nilai muhibah bernilai RM3.29 bilion dan rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan bernilai RM2.1 bilion.

Hasil suku tahunannya menurun dengan ketara sebanyak 68.61 peratus kepada RM453.14 juta daripada RM1.44 bilion pada tahun sebelumnya, terutamanya disebabkan peratusan penyiapan yang lebih rendah yang diiktiraf pada suku tersebut hasil daripada pengiktirafan kerugian yang boleh dijangka dan kos projek yang lebih tinggi dalam segmen kejuruteraan dan pembinaan (E&C).

Bagi tahu penuh berakhir 31 Januari 2022, Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM8.9 bilion, iaitu yang tertinggi pernah dicatatnya, daripada kerugian bersih RM169.87 juta bagi tahun sebelumnya apabila ia menyedari kemerosotan pada muhibah dan hartanah, loji dan peralatan bernilai RM5.39 bilion secara kolektif.

Sementara itu, hasil tahunan turun sebanyak 22.84 peratus kepada RM4.13 bilion daripada RM5.35 bilion untuk tahun kewangan 2021 disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen E&C, serta operasi dan penyelenggaraan.  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN