Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$115.2 bilion

Rizab BNM susut kepada AS$115.2 bilion

MALAYSIA berbesar hati telah mempengerusikan Asia/Pacific Group on Money Laundering (APG) selama dua tahun dan akan digantikan oleh Kanada. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.2 bilion (RM485.74 bilion) pada 15 Mac 2022, menurun sedikit berbanding AS$115.8 pada 28 Februari lalu.

Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 6.0 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

“Komponen utama rizab antarbangsa ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$115. 2 bilion, rizab IMF sebanyak AS$102.0 bilion (RM430.08 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) bernilai AS$6.0 bilion (RM25.30 bilion), emas sebanyak AS$2.3 bilion (RM9.70 bilion) dan aset rizab lain AS$3.5 bilion (RM14.76 bilion).

“Bagi aset pula, ia terdiri daripada emas, pertukaran asing dan rizab lain termasuk SDR (RM479.79 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.20 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM779.9 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM23.33 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.84 bilion),” katanya dalam satu kenyataan.

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM169.4 bilion), mata wang dalam edaran (RM151.76 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM162.4 bilion), deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM6.5 bilion), lain-lain  deposit (RM5.5 bilion), kertas Bank Negara (RM7.69 bilion), peruntukan hak pengeluaran khas (RM28.14 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.4 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN