PETALING JAYA: Pasaran saham dan mata wang dijangka terus `meruap’ berikutan perkembangan peperangan antara Ukraine dan Rusia yang masih berterusan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, harga minyak mentah Brent yang kekal tinggi sekitar AS$111 (RM466.20) setong memberi gambaran bahawa inflasi dijangka menjadi isu utama pada tahun ini. “Selain itu, faktor kenaikan kadar faedah di negara-negara maju juga akan terus memberi kesan kepada pasaran saham…










