NAFAS tandatangan MoU bernilai RM100 juta bersama ARJ Holding L.L.C

NAFAS meterai MoU bernilai RM100 juta di Dubai

MAJLIS menandatangani kerjasama antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan dengan ARJ Holding di Dubai, baru-baru ini, membabitkan bisnes antaranya ternakan ruminan dan perdagangan minyak masak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bernilai RM100 juta bersama ARJ Holding L.L.C. Ia untuk mengadakan usaha sama dalam bisnes ternakan ruminan, perdagangan minyak masak dan pembuatan selulos dari bahan biomass.

Majlis menandatangani MoU yang diadakan di Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE). Disempurnakan oleh Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Sylvester Entri Muran. Sementara ARJ Holding, antara syarikat terbesar berpangkalan di UAE, diwakili Presiden Kumpulannya, Shahab Ahmed Ramadhan Juma.

Turut menyaksikan perjanjian itu ialah Ahli Jemaah Pengarah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan NAFAS, Mohammad Bahrin Abd. Karim.

Hadir sama, Kaunselor Pejabat Perwakilan Pertanian (Dubai), Mohd. Zahirul Naqi Shoaib; Pengurus Kanan Pengurusan Perniagaan, Baharozaman Mohid dan Pengurus Bahagian Pemasaran dan Promosi, Mohammad Fauzie Tamin.

Mengulas lanjut mengenai MoU berkenaan, Sylvester Entri berkata, kerjasama itu dapat menjalinkan hubungan perniagaan bagi memacu pertanian lestari antara dua negara. Ia juga titik permulaan ‘peluang perniagaan’ secara besar-besaran melalui teknologi teknologi terkini.

“NAFAS percaya kerjasama sebegini akan digunakan untuk faedah bersama ARJ Holding dan menyumbang kepada penambahbaikan aktiviti yang dipersetujui,” katanya dalam kenyataan sempena kerjasama tersebut.

Pemeteraian MoU

Majlis pemeteraian MoU itu diadakan bersempena minggu Pertanian Lestari Malaysia di Ekspo 2020 Dubai.

Beliau berkata, NAFAS dan ARJ Holding akan menyediakan pengaturan terperinci dalam mengenal pasti tanggungjawab masing-masing untuk melaksanakan perjanjian itu. Ia terdiri daripada perbincangan, perancangan strategi pelaburan dan pelaksanaan aktiviti pelaburan selepas pemeteraian MoU tersebut.

Kedua-dua syarikat juga akan berusaha membantu dan menyokong satu sama lain untuk skop kerjasama yang akan memberi manfaat kedua-dua pihak, Malaysia dan UAE, kata beliau.

“NAFAS akan berusaha mengambil langkah bagi menggalakkan kerjasama dalam menjalankan aktiviti pelaburan yang menguntungkan dan meningkatkan sinergi antara kedua-dua pihak mengikut kesesuaian semasa,” katanya.

NAFAS berada di Dubai sempena Ekspo 2020 Dubai dari 20 Februari hingga 26 Februari di Pavilion Malaysia. Ia dihoskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) sebagai agensi pelaksana.

Ia adalah satu inisiatif penting yang akan memacu dan meningkatkan peluang pelaburan dan kerjasama dalam pertanian lestari.

Pelbagai program menarik dianjurkan NAFAS pada minggu berkenaan antaranya sesi pocket talk, padanan perniagaan, sesi pengenalan produk Peladang serta demo masakan oleh Chef Rene.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN