Lotus’s Malaysia selesai penjenamaan semula 62 bekas stor Tesco

Lotus’s Malaysia lengkapkan penjenamaan semula

Alexander Nanta Linggi (tengah) menekan butang pelancaran rasmi penjenamaan semula bekas stor Tesco di Lotus’s Ampang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) rangkaian pasar raya besar terkemuka di Malaysia, mengumumkan bahawa ia telah menyelesaikan penjenamaan semula 62 bekas stor Tesco dan penggunaan platform teknologinya untuk melahirkan keceriaan SMART pada setiap hari kepada pengguna.

Menurut Lotus’s, pelancaran nasional rasminya telah di­sempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Lotus’s Ampang, semalam.

Jelasnya, Lotus’s juga memperkenalkan platform baharu dalam talian Lotus’s yang menggabungkan kedua-dua program kesetiaan dan platform dalam talian Lotus’s ke dalam satu aplikasi, memberikan pengguna pengalaman phygital yang menarik dalam membeli-belah.

Presiden Lotus’s Malaysia, Kenneth Chuah berkata, adalah menjadi visi syarikat untuk menceriakan para pelanggan dengan memberikan kemudahan lebih baik dan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan.

“Dengan menggabungkan kedua-dua program kesetiaan MyLotus’s dan platform dalam talian Lotus’s, pelanggan boleh membeli-belah dengan kami dalam talian dan serta-merta mengumpul mata dan menebus ganjaran mereka menggunakan Aplikasi Lotus’s yang baharu ini.

“Dengan kemajuan dalam teknologi maklumat, kami akan lebih dilengkapi dengan data untuk memahami keperluan pelanggan kami dan menyesuaikan promosi dan ganjaran kepada individu walaupun mereka tinggal dalam sebuah rumah yang sama untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih diperibadikan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, Lotus’s pada masa ini turut mempunyai Aplikasi Scan & Shop untuk membolehkan pelanggan mengimbas sendiri barangan yang hendak dibeli di stor.

“Ini membolehkan pelanggan menjejaki perbelanjaan dan mengurus belanjawan mereka. Lorong khusus untuk pembeli Scan & Shop juga disediakan untuk mempercepatkan proses pembayaran dan memendekkan masa beratur,” jelasnya.

Lotus’s buat pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia pada Februari 2021 dengan transformasi tiga bekas stor Tesco.

Awal tahun ini, syarikat itu juga telah memperkenalkan dua lagi stor baharu iaitu Lotus’s Pulai Hartamas di Ipoh, Perak dan Lotus’s Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, Kedah. Lotus’s kini mempunyai 64 buah stor yang sedang beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN