PETALING JAYA: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menjangka harga kontrak, kos bahan binaan serta komponen barang-barang lain akan meningkat sebanyak 40 peratus berikutan lonjakan dalam harga logam perindustrian baru-baru ini. Presidennya, Datuk Azman Yusoff berkata, melalui syarat perubahan harga (VOP), bahan-bahan seperti logam, tembaga dan besi harus menjadi bahan utama yang perlu dikawal selia harga. “Melalui konsep keseimbangan harga, iaitu teori permintaan dan penawaran ia adalah amat penting. Kesan kenaikan…










