RIYADH: Kadar pertumbuhan tahunan dalam harga pengguna meningkat kepada 1.6 peratus pada Februari didorong oleh kos petrol dan harga makanan yang lebih tinggi, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Perangkaan (GASTAT), Arab Saudi.
Inflasi tahunan berada pada 1.2 peratus pada Januari 2022, jelasnya dalam kenyataan akhbar yang diterbitkan dalam talian.
Pada Februari, harga petrol 91, petrol 95 dan diesel masing-masing meningkat 26.7 peratus, 25.9 peratus dan 21.1peratus tahun ke tahun.
Namun, ia secara relatif menandakan kesederhanaan berbanding hanya lebih 30 peratus pertumbuhan pada Januari dan 45 peratus pada Disember 2021.
“Pertumbuhan tahunan harga bagi sektor pengangkutan secara keseluruhannya perlahan kepada 4.3 peratus pada Februari daripada 4.9 peratus pada Januari,” jelasnya dalam kenyataan itu.
Kumpulan itu bagaimanapun kekal sebagai penyumbang utama kepada inflasi pada bulan dikaji, dengan 13 peratus iaitu ketiga terbesar – wajaran kumpulan itu dalam indeks harga pengguna umum, menurut data yang dikumpulkan oleh Arab News.
Sebaliknya, sumbangan kumpulan makanan yang merupakan kedua terbesar selepas pengangkutan, meningkat lebih dua kali ganda sejak Disember 2021.
Bagi harga perumahan, air, elektrik dan gas – kumpulan dengan wajaran terbesar sebanyak 26 peratus, mengalami perubahan daripada de asi sejak September 2020.
Kejatuhan harga tahun ke tahun bagi kumpulan ini bagaimanapun perlahan kepada 0.19 peratus bulan lalu berban ding 1.35 peratus pada Januari 2022 dan 3 peratus pada September 2021. Akibatnya, sumbangan kumpulan ini kepada inflasi utama menurun 7 kali ganda pada Februari berbanding Januari.
Antara perubahan lain, pertumbuhan 2.2 peratus dalam harga bagi kumpulan pelbagai barangan.
Pertumbuhan harga mening kat daripada 1.2 peratus pada Januari menjadikan kumpulan itu penyumbang ketiga terpenting pada Februari, selepas pengangkutan dan makanan, jelas laporan itu. – AGENSI










