pengimport minyak menekan pengeluar me­ningkatkan pengeluaran.

Harga minyak kembali meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Harga minyak terus meningkat ketika perang di Ukraine menghampiri pe­nghujung bulan pertama, dan pelabur mengenal pasti ke­tegangan geopolitik di Asia Barat.

West Texas Intermediate (WTI) meningkat kepada lebih AS$106 (RM444.94) setong pada sesi dagangan awal selepas dua minggu penurunan.

Menurut laporan media memetik Turki, Moscow dan Kyiv sedang dalam proses rundingan untuk mencapai persetujuan gencatan senjata dan penyelesaian diplomatik, walaupun Ukraine berkata Rusia telah beralih kepada artileri yang lebih memudaratkan dan Moscow meminta bandar Ma­riupol untuk menyerah.

Lapor Reuters, di Asia Barat pula, pemberontak Houthi Yaman menyerang sekurang-kurangnya enam tapak di seluruh Arab Saudi pada Sabtu dan Ahad, termasuk beberapa lokasi yang dikendalikan oleh syarikat minyak gergasi Arab Saudi, Aramco.

“Kumpulan yang disokong oleh Iran itu menyasarkan depoh bahan api Aramco di Jazan di barat daya dan di kilang gas asli di bandar Red Sea, Yanbu.

“Pasaran minyak global sedang gelisah berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dengan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah me­ngenakan sekatan ke atas Moscow dan pembeli minyak mentah mengelak kargo negara itu.

“Penanda aras minyak AS WTI melepasi AS$130 (RM546.00) setong pada awal bulan ini, mencecah paras ter­tinggi sejak 2008 sebelum menyusut semula,” katanya.

Penghantaran minyak WTI pada April meningkat 1.8 peratus kepada AS$106.54 (RM447.47) setong di New York Mercantile Exchange. Manakala, Brent meningkat 1.4 peratus kepada AS$109.47 (RM459.77) setong di bursa ICE Futures Europe.

Lonjakan harga minyak mentah dan kejatuhan inflasi telah mendorong pengimport minyak terkemuka untuk menekan pengeluar supaya me­ningkatkan pengeluaran.

Pada hujung minggu lalu, Jepun menggesa Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk meningkatkan eksport minyaknya.

“Kami mahu UAE menyumbang kepada penstabilan pasaran minyak mentah global,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN