PETALING JAYA: Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah. Ia wajib dikeluarkan bagi umat Islam yang sudah cukup syarat iaitu cukup haul dan nisab. Bagi 2022, nisab zakat adalah RM20,361. Untuk itu, mana-mana simpanan atau harta yang secara kolektifnya berjumlah melebihi nisab, dikenakan zakat 2.5 peratus. Zakat harta terdiri daripada pelbagai bentuk dan sumber seperti zakat pendapatan, emas dan perak, saham, perniagaan dan wang simpanan. Zakat wang…










