PETALING JAYA: Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset, merekodkan pendapatan lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK21) dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) meningkat 25.8 peratus tahun ke tahun kepada RM10.89 bilion, berbanding RM8.66 bilion tahun sebelumnya. Keuntungan bersih Maybank meningkat kepada RM8.10 bilion, 24.9 peratus lebih tinggi daripada RM6.48 bilion yang dicatatkan setahun sebelumnya. Menurut Maybank, prestasi yang lebih baik disumbang oleh prospek ekonomi…










