TNB komited bantu Ipoh mencapai impian jadi bandar raya pintar.

TNB komited bantu Ipoh jadi bandar raya pintar, lestari

MAJLIS menandatangani memorandum persefahaman antara TNB dan MBI bagi membekalkan produk dan perkhidmatan cekap tenaga dan tenaga boleh diperbaharui di Ipoh, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) komited membantu Ipoh mencapai impian menjadi sebuah bandar raya pintar, berdaya huni, berdaya tahan dan lestari menjelang 2030, sejajar dengan Hala Tuju Kelestarian syarikat utiliti itu untuk mencapai pelepasan sifar bersih 2050.

Justeru, TNB baru-baru ini mewujudkan kerjasama strategik dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi membekalkan produk dan perkhidmatan kecekapan tenaga serta solusi tenaga boleh baharu (RE) bagi mempromosikan kehidupan lestari serta hijau.

Ia meliputi pemasangan sistem solar fotovoltaik, lampu jalan pintar LED, sistem prestasi tenaga dan sistem pemantauan, ekosistem pengecasan kenderaan elektrik dan meter pintar yang menjadi antara komponen menjadikan Ipoh Bandar Raya Pintar.

Memorandum Persefahaman (MoU) mengenainya di antara TNB dan MBI serta Perjanjian Bekalan untuk Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) bersama anak syarikat milik penuh TNB, GSPARX ditandatangani sempena Majlis Pelancaran Pelan Perancangan Strategik MBI, Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon dan Walkable City 2030 pada 9 Februari lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang merasmikan majlis itu serta menyaksikan acara memeterai MoU dan SARE berkata, MBI berhasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Rendah Karbon selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia yang ingin melihat kesemua 154 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara melaksanakan inisiatif-inisiatif berkenaan.

“Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon di seluruh negara selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang tahun 2030,” katanya.

MoU dan SARE itu ditandatangani Ketua Pegawai Pelanggan (SME & Residential) TNB, Raja Datuk Abd. Jalil Raja Zaid dan Datuk Bandar Ipoh, Datuj Rumaizi Baharin @ Md. Daud.

Mengulas pakatan strategik tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, TNB menghargai kerjasama kukuh yang telah kami bina selama ini dengan MBI dan percaya inisiatif terbaharu ini amat penting untuk membantu bandaraya Ipoh menjadi model Bandar Pintar di Malaysia menjelang 2030.

“Melalui perancangan teliti dan perkongsian kepakaran di seluruh TNB, kami yakin dapat menunaikan janji untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menyokong  kedua-dua aspek ekonomi dan kebajikan sosial penduduk Ipoh dalam mencapai Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020-2030,” jelasnya.

Kerjasama TNB dan MBI ke arah itu bermula Januari tahun lalu melalui program Smart City Blueprint yang mana MBI, TNB dan GSPARX, telah menandatangani SARE bagi pemasangan solar panel fotovoltaik di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Pemasangan itu disiapkan pada Julai 2021 dengan memberi penjimatan bil elektrik hingga RM2.5 juta kepada MBI bagi tempoh 21 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN