Kaji selidik MVA mendapati 90% menyokong pengenalan peraturan vape.

Sebanyak 90% sokong pengenalan peraturan vape

KHAIRIL AZIZI KHAIRUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasil kaji selidik oleh Malaysia Vapers Alliance (MVA) mendapati sebanyak 90 peratus pengguna rokok elektronik (vape) di negara menyokong pengenalan peraturan vape di Malaysia dan mengatakan peraturan yang dibangunkan itu mestilah berbeza daripada rokok tradisional.

Itu kerana, majoriti pengguna vape berpendapat, vape adalah alternatif yang kurang memudaratkan berbanding rokok tradisional.

Kaji selidik yang dibuka kepada orang awam selama seminggu itu menyaksikan seramai 1,000 pengguna vape berkongsi pandangan mereka berkenaan peraturan vape di Malaysia.

Presiden MVA, Khairil Azizi Khairuddin berkata, walaupun kajian bebas semakin banyak membuktikan vape mempunyai risiko yang jauh lebih rendah kemudaratannya daripada merokok, kerajaan terus kategorikan produk vape sama seperti rokok tradisional.

“Produk itu berbeza antara satu sama lain dan tinjauan kami membuktikan bahawa komuniti vape di Malaysia bersetuju mengenainya.

“Vape telah pun berjaya mengubah kehidupan jutaan perokok ke arah lebih baik secara global serta lokal dan kita boleh teruskan kejayaan ini jika satu rangka kerja yang membezakan produk dan berdasarkan bukti digubal.

“Peraturan mesti selari dan memastikan produk vape mudah diperolehi oleh perokok yang mahu bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan dan memastikan produk ini tidak dipasarkan kepada golongan muda,” katanya dalam kenyataan.

Ujarnya, penemuan oleh MVA itu menunjukkan pengguna vape mahukan peraturan yang selari dengan penggunaan dan keinginan mereka.

Jelasnya, sebagai contoh, 79 peratus pengguna vape mengatakan mereka menggunakan cecair vape yang mengandungi 40mg hingga 50mg nikotin. Jika peraturan tahap nikotin ditetapkan di bawah jumlah tersebut, 85 peratus akan beralih untuk membeli cecair vape yang tidak dikawal selia.

“Itu tidak ideal kerana cecair vape yang tidak dikawal undang-undang tidak terikat dengan sebarang tahap standard kualiti dan keselamatan.

“Selain mewujudkan pasaran gelap untuk produk vape, perkara ini boleh menjejaskan keselamatan pengguna vape jika mereka memilih produk yang tidak dikawal.

“Jarang kita berada di dalam proses penggubalan undang-undang terutamanya daripada awal pembikinan.

“Kita kini berdiri di posisi kritikal kerana bukan sahaja mempunyai peluang membangunkan satu set peraturan yang bukan saja memberi manfaat kepada ekonomi tetapi juga memenuhi permintaan komuniti vape tempatan yang kini berkembang melebihi sejuta orang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN