PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.1 bilion (RM485.646 bilion) pada 31 Januari 2022.
Menurut BNM, paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.
Jelasnya, rizab itu termasuk mata wang asing berjumlah AS$103.4 bilion (RM432.522 bilion), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.4 bilion (RM5.856 bilion), hak pengeluarn khas (SDR) AS$6 bilion (RM25.098 bilion), emas AS$2.3 bilion (RM9.62 bilion) dan lain-lain AS$3 bilion (RM12.55 bilion)
“Aset BNM pula termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM483.68 bilion; kertas kerajaan Malaysia RM12.207 bilon, deposit dengan institusi kewangan RM801.77 juta, pinjaman dan pendahuluan RM23.106 bilion, tanah dan bangunan RM4.161 bilion dan aset-aset lain RM17.215 bilion,” katanya dalam kenyataan.
Tambah bank pusat itu, modal dan liabiliti pula merangkumi modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab RM178.429 bilion, mata wang dalam edaran RM155.783 bilion, deposit oleh institusi kewangan RM151.221 bilion, deposit-deposit Kerajaan Persekutuan RM8.281 bilion, lain-lain deposit RM5.636 bilion.
Modal dan liabiliti lain adalah kertas Bank Negara berjumlah RM7.278 bilion; peruntukan hak pengeluaran khas RM28.149 bilion dan liabiliti-liabiliti lain sebanyak RM6.294 bilion. – UTUSAN










