Red Sea yakin kuasai pasaran produk garam Laut Merah di Asia Tenggara

Red Sea yakin kuasai pasaran garam SASA di Asia Tenggara

Syafirol Hafiz (kiri) dan ahli kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz menunjukkan garam SASA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat tempatan Red Sea Industries Sdn. Bhd. (Red Sea) yakin mampu menguasai pasaran produk garam Laut Merah (garam SASA) di Asia Tenggara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Pengarah Urusannya, Syafirol Hafiz Arsad berkata, dengan kandungan mineral yang tinggi, produk tersebut yang sebelum ini terkenal di pasaran Asia Barat mampu menawarkan kualiti untuk kegunaan industri makanan di negara ini.

“Sumber garam ini adalah dari Laut Merah iaitu laut terpanas dan kedua termasin di dunia. Air lautnya mengandungi kemasinan yang tinggi dan kandungan mineral semula jadi menghasilkan garam berkualiti tinggi dengan 99.7 peratus ketulenan dan sifar peratus kekotoran logam berat menjadikan ia adalah bahan masakan terbaik sebagai kegunaaan harian.

“Kolam tadahan solar terbesar yang terletak di persisiran pantai Laut Merah menggunakan kaedah penyejatan semula jadi untuk penghabluran sebelum diproses secara automatik dan dibungkus oleh robot tanpa sentuhan manusia. Sebab itulah garam ini turut menjadi pilihan nombor satu pemilik restoran dan chef profesional di negara Asia Barat yang mementingkan kualiti bahan masakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syafirol Hafiz berkata, produk tersebut kini sudah berada di lebih 2,000 rangkaian kedai serbaneka 99 Speedmart di seluruh negara, Halal Mart, Lesong Mart dan bakal memasuki ke pasar raya besar AEON, Segi Fresh dan Mydin.

Sebagai rekod, garam SASA merupakan garam halal berkualiti tinggi di dunia dan dikeluarkan  Saudi Automatic Salt Refinery, Jeddah, Arab Saudi.

Kilang pengeluaran garam SASA adalah kilang garam terbesar di Arab Saudi dengan keluasan keseluruhan kilang pemprosesan dan kolam tadahan solar seluas 5 juta meter persegi (500 hektar).

Pada Ogos 2020, Red Sea yang berpejabat di Negeri Sembilan ditubuhkan bagi mengimpot, mengedar dan memasarkan garam SASA di Asia Tenggara bermula dengan Malaysia.

Garam SASA mula dipasarkan di negara ini pada Jun 2021 selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN