PETALING JAYA: Peningkatan pinjaman isi rumah mampu memacu ke arah pertumbuhan ekonomi negara sekiranya disalurkan kepada tujuan yang menjana ekonomi termasuk pinjaman persendirian dan modal perniagaan. Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, ia merupakan petanda ekonomi negara sedang bertumbuh selepas penularan wabak Covid-19 merencatkan ekonomi sejak dua tahun lalu. “Peningkatan di dalam pinjaman dan pembiayaan adalah dijangkakan, apatah lagi ketika ekonomi mula…










