PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengenakan pertuduhan terhadap pedagang niaga hadapan tidak berlesen, Mohd. Azhidi Laili. Ia ekoran pelanggaran pelbagai undang-undang sekuriti berkaitan aktiviti tidak berlesen dan menipu wang sembilan pelabur sebanyak hampir RM1.45 juta antara Mei 2013 dan Mac 2014. Menurut SC, Azhidi menyatakan kepada sembilan mangsa itu bahawa mereka melabur dalam skim pelaburan niaga hadapan minyak sawit mentah di bawah AmFutures Sdn. Bhd., walhal skim…










