MR D.I.Y tawar pulangan tunai - Utusan Malaysia

MR D.I.Y tawar pulangan tunai

Planggan boleh mendapatkan pulangan tunai ketika berbelanja di MR D.I.Y dan cawangannya sepanjang tempoh kempen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MR D.I.Y Group (M) Berhad (MR D.I.Y) telah bekerjasama dengan tiga bank dan empat penyedia e-dompet untuk menawarkan pulangan tunai menerusi program Mega Cashback di semua cawangan MR. D.I.Y, MR. TOY dan MR DOLLAR bermula 15 Januari hingga 28 Februari ini.

Tiga bank dan empat platform e-dompet tersebut adalah HSBC, Public Bank, MAE oleh Maybank, Touch ‘n Go eWallet, ShopeePay, GrabPay dan Boost.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y, Alex Goh berkata, syarikat berhasrat untuk membantu pelanggan mendapatkan lebih nilai untuk ringgit mereka pada Tahun Baharu Cina.

“Ini merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan tujuh penyedia perkhidmatan kewangan dalam satu program.

“Para pelanggan tertunggu-tunggu untuk menambah stok barangan perayaan dan keperluan rumah bagi menjadikan musim perayaan lebih bermakna bersama yang tersayang.

“Ini merupakan masa yang tepat untuk memberi ganjaran kepada mereka dalam bentuk pulangan tunai dan diskaun.

“Dengan Mega Cashback dan komitmen Always Low Prices, kami dapat membantu rakyat Malaysia menikmati penjimatan berganda,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Goh, program Mega Cashback membantu rakyat Malaysia menambah stok barangan keperluan perlindungan diri pada harga diskaun.

Ujarnya, Kumpulan mahu semua rakyat Malaysia menikmati perayaan yang selamat, dan berasa yakin kerana mereka mempunyai semua barangan perlindungan diri yang diperlukan.

Pada 15 Januari hingga 28 Februari ini, pengguna HSBC boleh mendapat pulangan tunai RM10 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50 di MR D.I.Y.

Manakala, pelanggan Public Bank boleh mendapat pulangan tunai RM8 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM50.00 di MR D.I.Y, MR DOLLAR atau MR TOY.

Pada 17 Januari hingga 28 Februari ini pula, pengguna GrabPay dalam kedai boleh menerima diskaun 30 peratus (sehingga RM10) dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 di MR D.I.Y.

Selain itu, pengguna MAE oleh Maybank boleh imbas dan bayar untuk mendapatkan pulangan tunai harian sehingga RM88.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 di MR D.I.Y, MR DOLLAR atau MR TOY.

Pada 1 Februari hingga 28 Februari 2022, pengguna Touch ‘nGo e-wallet boleh mendapat pulangan tunai RM3.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM40.00 di MR D.I.Y, MR DOLLAR atau MR TOY.

Sementara pengguna Boost boleh menerima pulangan tunai RM5.00 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30.00, dan menang RM100 Boost MR D.I.Y wallet. Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., layari www.mrdiy.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN