PETALING JAYA: Kediaman terbaharu TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) di Bandar Enstek, Pristine 3, telah mencatatkan kadar pengambilan sebanyak 60 peratus selepas seminggu ia dilancarkan. TH Properties telah melancarkan Pristine 3, sebuah projek rumah teres dua tingkat dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM20.26 juta. Pembangunan yang terletak di pinggir KLIA itu adalah salah satu pembangunan perumahan kontemporari terbaharu TH Properties yang dibina di atas tanah pegangan bebas di Bandar…










