PETALING JAYA: Al Rajhi Bank Malaysia (ARBM) secara rasmi melancarkan pejabat baharunya sebagai sebahagian daripada rancangan pertumbuhan di Malaysia.
Pejabat baharu itu terletak di Menara Hap Seng 3, Kuala Lumpur turut menempatkan pasukan Bank Digital ARBM.
Pejabat baharu itu adalah tambahan kepada Ibu pejabat korporat ARBM sedia ada di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arsalaan (Oz) Ahmed berkata, pihaknya teruja untuk berada di lokasi baharu itu kerana ia membolehkan ARBM mengembangkan Bank Digital selaras dengan visi untuk menjadi bank inovasi Islam nombor satu di Malaysia.
“Lokasi baharu menyediakan persekitaran yang ideal untuk penciptaan idea dan inovasi, sekali gus menarik hak bakat dan memupuk kerjasama aktif antara pasukan Bank sedia ada dan bank digital akan datang.
“Ini memberi ARBM peluang untuk menumpukan pada inovasi sebagaimana kami meningkatkan keupayaan kami untuk melayani pasaran semasa dan berpotensi dengan lebih baik dengan bank digital,” katanya dalam kenyataan.
Pembukaan pejabat baharu itu dirasmikan bersama oleh Pengerusi ARBM, John Roger Winfield; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Zulkiflee Hashim dan Lim Jit Jee.
Pada pelancaran itu, ARBM turut mengumumkan pelantikan Ikram Khaliq sebagai Ketua Bank Digitalnya.
Ikram mempunyai lebih 16 tahun pengalaman di peringkat antarabangsa dalam membimbing dan membina firma teknologi dalam industri FinTech dan InsureTech.
“Kami telah melabur dengan ketara dalam inovasi digital sambil kami meletakkan asas kepada pelanggan memfokuskan kepada bank digital, dan kami sememangnya berbesar hati untuk mempunyai Ikram memimpin pasukan,” kata Arsalaan. – UTUSAN










