PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) dan cabang tanggungjawab korporatnya, Yayasan AEON Malaysia bersama 8TV melancarkan jualan amal dalam talian untuk berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) dengan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas. Menurut AEON, jualan amal dalam talian itu yang dihoskan oleh deejay selebriti, KK Wong serta disokong oleh 8TV untuk publisiti dan promosi, berjaya mengumpul RM25,778.00. Jelasnya, sebanyak RM20,000.00 pertama hasil daripada jualan amal…










