PETALING JAYA: Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) menggesa kerajaan untuk menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan kenaikan tahunan dua peratus ke atas pencen. Presidennya, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal berkata, keputusan pada 13 Januari itu juga menetapkan untuk mengembalikan semula peruntukan pencen terdahulu yang diselaraskan seiring dengan sebarang semakan gaji. Kata beliau, kerajaan perlu memaklumkan pendiriannya ekoran keputusan tersebut yang dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan dan luar…