UMT, UTAR jalin kerjasama pintar - Utusan Malaysia

UMT, UTAR jalin kerjasama pintar

MAJLIS menandatangani perjanjian persefahaman antara Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Tunku Abdul Rahman, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengukuhkan kolaborasi dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam pembangunan teknologi penternakan ikan serta pengkomersilan.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, jalinan kerjasama strategik antara dua universiti itu telah bermula sejak dua tahun lalu.

Kata beliau, antara fokus kerjasama kali ini melalui projek geran padanan, melibatkan bidang penternakan ikan yang mampan ke arah pengkomersialan.

“MoU ini juga sebagai platform perkongsian kepakaran meliputi penyelidikan, pemindahan ilmu, keusahawanan, program tanggungjawab sosial universiti, pertukaran pelajar dan staf serta peluang libaturus dalam siri penganjuran bengkel, seminar dan persidangan,” katanya dalam kenyataan sempena MoU tersebut.

Pada majlis itu, UMT diwakili oleh Dr. Mazlan sementara UTAR diwakili Presidennya, Ir. Prof. Dr. Ewe Hong Tat.

Menurut Dr. Mazlan, pihaknya berterima kasih kepada UTAR dalam membantu UMT menyumbang kepakaran bagi mewujudkan e-Fulfillment Centre.

“Selain itu, UMT turut menyambut baik kepakaran UTAR dalam membantu UMT untuk merealisasikan penubuhan e-fulfilment centre dalam kampus UMT.

“Pusat ini dijangka dapat memberi peluang kepada kakitangan, pelajar dan alumni UMT untuk menjalankan aktiviti pengurusan logistik barangan, keusahawanan, latihan praktikal dan mewujudkan peluang pekerjaan,” jelasnya.

Tambah beliau, kerjasama pintar itu akan memberi impak besar serta meningkatkan peranan UMT sebagai institusi pendidikan tinggi, menjana pengetahuan dan teknologi serta memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN