PETALING JAYA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) mengukuhkan kolaborasi dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dalam pembangunan teknologi penternakan ikan serta pengkomersilan. Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, jalinan kerjasama strategik antara dua universiti itu telah bermula sejak dua tahun lalu. Kata beliau, antara fokus kerjasama kali ini melalui projek geran padanan, melibatkan bidang penternakan ikan yang mampan ke arah pengkomersialan. “MoU ini…










