UEM Sunrise sasar jualan RM1.5 bilion - Utusan Malaysia

UEM Sunrise sasar jualan RM1.5 bilion

SUFIAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Sunrise menyasarkan jualan sebanyak RM1.5 bilion tahun ini, dengan perancangan untuk melancarkan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM3.3 bilion melibatkan pembangunan sebanyak 3,526 unit hartanah.

Menurut UEM Sunrise, ia termasuk mengaktifkan kawasan seluas 1.3 ekar di Collingwood, Melbourne yang diperolehi pada 2020 bagi melancarkan projek pembangunan bercampur dengan jangkaan GDV AUD250 juta (RM.

Katanya, peningkatan sasaran jualan itu berikutan kejayaan UEM Sunrise melepasi sasaran jualan sebanyak RM1.2 bilion pada 2021 dengan menjual sebanyak 1,595 unit hartanah.

Syarikat pemaju hartanah itu turut mencatatkan jualan sebanyak RM1.46 bilion di sebalik pandemik yang melanda dan pengurangan pelancaran projek-projek baharu.

Menurut UEM Sunrise, pembangunan di Lembah Klang, termasuk Residensi Ava di Kiara Bay dan Residensi Allevia, menjadi penyumbang utama di mana masing-masing merekodkan nilai jualan sebanyak RM438.4 juta dan RM215.7 juta.

“Angka tersebut merangkumi 45 peratus daripada jualan keseluruhan produk UEM Sunrise. Pembangunan di wilayah Tengah merangkumi 71 peratus jualan keseluruhan dan selebihnya disumbangkan oleh produk di wilayah Selatan.

“Bagi wilayah Selatan, Senadi Hills (Fasa 1) mendahului jualan dengan nilai RM109.8 juta hartanah terjual bagi tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, bagi 2021, UEM Sunrise mengekalkan prospek konservatif memandangkan pandemik Covid-19 yang berlarutan dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melancarkan hanya 40 peratus daripada jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) produk daripada RM1.2 bilion yang ditetapkan pada awal tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, syarikat akan terus melancarkan fasa baharu projek-projek popular seperti di Serene Heights Bangi dan Senadi Hills, serta produk bertemakan Aspira di Iskandar Puteri, selain rancangan untuk melancarkan projek-projek baharu di pasaran.

Kata beliau, UEM Sunrise akan terus memantau permintaan pasaran dan menawarkan produk yang berkualiti dan relevan di lokasi yang tepat, dibina dengan tatacara dan rekaan lestari, kesemuanya didatangkan dalam pakej bernilai yang bersesuaian dengan harganya.

“Kami juga memastikan produk-produk kami dijual pada harga yang berpadanan dengan permintaan pasaran dan pada masa yang sama meneroka rekaan berpandukan ESG dan tidak keterlaluan. 2022 akan menjadi tahun kami merancakkan semula aktiviti jualan selepas hampir dua tahun hidup dengan pandemik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN