UEM Sunrise lancar kempen Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

UEM Sunrise lancar kempen Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise), pemaju hartanah terkemuka di Malaysia melancarkan kempen Tahun Baharu Cina bertemakan ‘Happy Duo Duo’ bagi meraikan semangat kebersamaan dan keceriaan sempena sambutan tahun Harimau.

Sepanjang tempoh kempen bermula pada 12 Januari hingga 22 Mac, UEM Sunrise akan menganjurkan beberapa akitiviti digital, promosi dan video bertemakan perayaan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi oleh para pembeli rumah serta orang awam.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Sufian Abdullah berkata, kempen tersebut diilhamkan daripada ungkapan ‘Twice the Joy, Double the Happy’ yang selaras dengan slogan Syarikat ‘Find Your Happy.’

“Berlandaskan adat Tahun Baharu Cina yang disambut setiap tahun, kami ingin meraikan kebahagiaan dan keceriaan ketika berkumpul dan bersama semula dengan orang yang tersayang, terutamanya selepas hampir dua tahun berada dalam perintah kawalan pergerakan.

“Kempen ini meraikan dan memberi penghormatan kepada tradisi-tradisi kecil Tahun Baharu Cina,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pembeli rumah yang menandatangani SPA menjelang 22 Mac dapat menyertai pertandingan ‘Happy Duo Duo Book, Sign & Win’ secara automatik dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai sehingga RM622,222 termasuk peralatan dapur dan barangan elektronik.

Selain itu, pelbagai faedah lain turut ditawarkan termasuk pengecualian daripada bayaran yuran guaman semasa menandatangi SPA dan permohonan pinjaman serta pengecualian duti setem untuk pembangunan tertentu bagi memudahkan lagi pengalaman membeli rumah.

Pelanggan-pelanggan bertuah turut berpeluang memenangi cenderahati khusus daripada pembangunan terpilih termasuk KAIA Heights, Serene Heights; Radia Bukit Jelutong; Allevia Mont’Kiara; Solaris Parq; dan Residensi AVA, Kiara Bay di wilayah Tengah manakala di wilayah Selatan termasuk Senadi Hills; The Maris; Bayu Angkasa; Serassa Greens; Estuari Gardens; Teega Suites; Almãs Suites; Aspira ParkHomes; Aspira LakeHomes; Aspira Gardens; dan Aspira Square.

Pembangunan syarikat di perbandaran Forest Heights di Seremban yang turut menjadi rebutan termasuk Broadhill Residence, Begonia Forest Heights, Arden Hill, dan Aster.

Sebagai sebahagian daripada usaha kempen untuk menggalakkan kemampanan dan usaha pemuliharaan harimau sempena Tahun Harimau, UEM Sunrise akan menderma RM100, dengan had maksima RM22,200 kepada Program Pemuliharaan Harimau Malaya oleh Perikatan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan Malaysia (MYCAT) bagi setiap penyertaan yang lengkap untuk pertandingan ‘Send Happy Tiger Home Safely’ melalui laman web UEM Sunrise.

Para peserta hanya perlu menjawab lapan soalan berbentuk pencarian harta karun (‘treasure hunt’) untuk berpeluang memenangi FUJIFILM Instax Mini 9.

Tambah Sufian, di samping meraikan kegembiraan sempena Tahun Baharu Cina ini, pihaknya meneruskan usaha-usaha kemampanan syarikat termasuk meningkatkan kesedaran terhadap inisiatif pemuliharaan harimau di negara ini.

“Secara umum, kita mengetahui bahawa harimau Malaya yang dibiarkan di hutan liar telah diklasifikasikan sebagai spesies yang terancam dan penting bagi kita  memelihara haiwan ini dan habitat mereka,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN