PETALING JAYA: Traveloka telah melancarkan kempen sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2022 dari 24 Januari hingga 6 Februari 2022 yang bakal menyajikan pelbagai tawaran serta penjimatan tambahan buat rakyat Malaysia.
Pengurus Pasaran Negara, Traveloka Malaysia, Angelica Chan berkata, musim perayaan secara tradisi merupakan waktu yang dedikasikan untuk melawat dan meluangkan masa bersama ahli keluarga serta rakan taulan
Kata beliau, Traveloka sedang menawarkan kemudahan tempahan pelancongan saat akhir untuk membantu orang ramai mengunjungi yan tersayang sambil memastikan garis panduan keselamatan dan kesihatan
yang ketat diamalkan ketika pandemik ini.
“Pada Tahun Baharu Cina kali ini, kami berbesar hati memperkenalkan aneka tawaran istimewa untuk warga Malaysia bagi membolehkan mereka memaksimumkan penjimatan di samping mencipta kenangan bersama insan kesayangan mereka.
“Traveloka sedang menyediakan pelbagai tawaran dan promosi bagi penerbangan, hotel, tarikan pelancong dan banyak lagi, menjadikan detik yang diluangkan bersama insan tersayang lebih manis.
“Dengan itu, kami juga ingin menggalakkan para pelancong untuk mendahulukan aspek kesihatan dan keselamatan keluarga masing-masing dan individu di sekeliling dengan mengamalkan SOP seperti yang digariskan ketika melancong,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Traveloka, sepanjang kempen, warga Malaysia akan disajikan dengan promosi jualan Tahun Baharu Cina Traveloka yang dirumus khas untuk individu yang ingin pulang ke pangkuan keluarga, termasuk pelancong tegar yang ingin merebut peluang untuk mendapatkan tawaran-tawaran yang berbaloi bagi akomodasi, penerbangan, dan tarikan.
Traveloka juga jelasnya, telah mempamerkan beberapa destinasi popular yang sedang diberi perhatian oleh pengguna, iaitu termasuk Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, dan Langkawi.
“Para pelancong dapat menikmati penjimatan setinggi 30 peratus dengan membuat tempahan akomodasi mereka di Traveloka, berserta kupon bernilai RM888 bagi penerbangan, hotel, dan Xperience, segmen khas Traveloka bagi tempahan eksperiensial untuk memperkayakan gaya hidup para pelancong.
“Kupon akan diagihkan sepanjang hari, dan kupon istimewa akan disediakan dari pukul 6 petang hingga 9 malam setiap hari, menggalakkan pelancong untuk merebut lebih banyak tawaran menarik apabila mereka membuat tempahan akomodasi bersama Traveloka,” katanya.
Traveloka yang berpangkalan di Indonesia telah diasaskan pada 2012 dengan misi untuk menunaikan aspirasi pelancongan dan gaya hidup para pelanggan. Traveloka telah menembusi pasaran Malaysia pada 2015, menawarkan kemudahan untuk menempah penerbangan dan hotel melalui platform/aplikasi dalam talian. – UTUSAN










