BENGALURU: Harga emas susut dalam sesi dagangan semalam,tertekan oleh hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi, kerana pelabur mencari petunjuk mengenai garis masa kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) daripada mesyuarat dasarnya minggu depan. Harga emas semasa jatuh 0.1 peratus kepada AS$1,817.11 (RM7,600.43) seauns. Niaga hadapan emas AS sedikit berubah kepada AS$1,816.20 (RM7,596.62). Perhatian pelabur global kekal tertumpu pada mesyuarat Fed pada 25 hingga 26 Januari ini selepas pegawai…










