KUALA TERENGGANU: Syarikat pengeluar rempah berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn. Bhd. (McCormick) melabur RM360 juta bagi membangunkan ladang lada hitam pertamanya di Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pelaburan mega di tanah seluas 600 hektar di Setiu yang dijangka siap pada 2025 itu bakal membolehkan daerah berkenaan muncul hab lada hitam negara. Katanya, pelaksanaan projek berkenaan…










