PETALING JAYA: Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (Lapangan Terbang Antarabangsa Senai), ahli Kumpulan MMC menandatangani perjanjian sewa jangka panjang dengan HL-Manufacturing Industries Sdn. Bhd. (HLM) bagi membolehkan syarikat itu mengembangkan fasiliti pra-tuangnya. Perjanjian sewa tanah berkeluasan lima ekar itu dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran HLM dalam sebulan, serta pembuatan konkrit komponen bangunan pra-tuang termasuk unit perumahan, bilik air, façade, tangki air, saluran, parapet, pelongsor dan teras bagi memenuhi permintaan projek…










