PETALING JAYA: Petronas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Japan Petroleum Exploration Co., Limited (JAPEX) untuk bekerjasama dalam peluang penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS), termasuk penyelesaian penyimpanan karbon dioksida (CO2) yang sesuai di Malaysia. Petronas dalam kenyataan memberitahu, di bawah MoU itu, Petronas dan JAPEX akan melaksanakan aktiviti pematangan teknikal untuk potensi penyelesaian CCS. “Ia termasuk menilai kaedah tangkapan, penyimpanan dan pengangkutan yang optimum, serta anggaran pelepasan, volum dan kaedah pemantauan…










