PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah meluluskan sebanyak 82 permohonan Hak Trafik Udara (ATR) sepanjang tahun 2021 dengan kadar kelulusan sebanyak 98.8 peratus, sekali gus menjangkakan pemulihan kukuh bagi sektor penerbangan domestik. Menerusi Laporan Hak Trafik Udara (ATR) bagi suku keempat 2021 iaitu pada 1 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu, suruhanjaya telah meluluskan 27 daripada 28 permohonan ATR yang dikemukakan oleh syarikat penerbangan. “Peruntukan itu menandakan peningkatan permohonan…









