MBSB Bank bakal perkenal cawangan maya - Utusan Malaysia

MBSB Bank bakal perkenal cawangan maya

NOR AZAM M. Taib (tengah) bersama para pemenang kempen Simpan Berganda Menang Bergaya MBSB Bank di ibu pejabat bank itu di Petaling Jaya, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelanggan MBSB Bank Berhad bakal mempunyai lebih pilihan apabila bank itu akan memperkenalkan cawangan maya dijangka pertengahan suku kedua tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, perkhidmatan baharu itu membolehkan pe­langgan melakukan hampir 99 peratus transaksi yang sebelum ini dibuat di cawangan fizikal MBSB Bank.

Katanya, cawangan maya itu sedang dalam ujian dan kemudahan tersebut membolehkan pelanggan mengakses dengan mudah kepada pelbagai kempen, penawaran produk serta berinteraksi dengan bank.

“Apabila berkunjung ke cawangan fizikal, pelanggan perlu mempertimbangkan pelbagai perkara seperti masa, pengangkutan, parkir dan beratur sebelum melakukan transaksi, sedangkan mereka boleh melakukannya dalam keselesaan di rumah sendiri menerusi cawangan maya.

“Nilai seperti inilah yang cuba kami tawarkan buat pe­langgan,” katanya pada sesi penyampaian hadian kempen Simpan Berganda Menang Bergaya di Ibu pejabat MBSB Bank di sini, semalam.

Kempen tersebut yang bermula 21 Jun 2021 hingga 31 Mei 2022 bertujuan mempromosikan kemudahan akaun simpanan dan akaun semasa (CASA-i) MBSB Bank dan ia mendapat sambutan baik, dengan 70 peratus daripada pelanggan baharu bank merupakan pelanggan individu, manakala 30 peratus selebih­nya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Ia menawarkan hadiah bernilai lebih RM2 juta terma­suk kereta mewah, motosikal, telefon pintar dan wang tunai.

Mengulas kedudukan Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Nor Azam berharap ia akan dimuktamadkan secepat mungkin.

“Calon sudah ada dan proses penilaian sedang dilakukan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN