PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Lim Chee Sing sebagai anggota luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee/MPC). Tempoh pelantikan ini adalah selama dua tahun, berkuat kuasa 1 Januari 2022. Menurut BNM, Lim berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif dan Pengerusi RHB Research Institute Sdn. Bhd. dari 2013 hingga 2017. Beliau juga merupakan Ketua Ekonomi RHB Banking Group dan ahli strategi pasaran ekuiti untuk pasaran Malaysia di RHB Research…










