PETALING JAYA: Negara sangat memerlukan kerajaan yang stabil dan jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) satu-satunya jalan ke arah itu, ia perlu dilaksanakan. Penganalisis Ekonomi Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, kerajaan yang stabil selepas PRU15 dilihat mampu memulihkan ekonomi dan mengembalikan keyakinan pelabur terhadap negara. Kata beliau, kerajaan yang ada ketika ini lemah dari segi penyelarasan disebabkan datang dari parti-parti politik yang berbeza.…









