PETALING JAYA: Kerajaan perlu memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan baik dan konsisten sepanjang tahun ini bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang disasarkan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, itu merupakan syarat utama bagi memastikan negara mencapai kadar pertumbuhan yang sepatutnya untuk tahun ini. Kata beliau, proses pembukaan ekonomi juga perlu diteruskan di samping langkah-langkah Bajet 2022 dilaksanakan dengan segera. “Selain itu, kita…










