PETALING JAYA: Peruncit elektrik dan elektronik (E&E) pengguna, Senheng New Retail Berhad, menjana modal sehingga RM267.5 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO). Daripada jumlah itu, RM22 juta akan digunakan bagi membangunkan perniagaan pengedaran jenama baharu manakala RM160.5 juta untuk membuka cawangan kedai baharu serta menaik taraf kedai sedia ada kepada kedai berkonsep yang lebih besar dan dipertingkatkan. Senheng menyasarkan untuk menaik taraf atau membuka 61 kedai baharu dan sedia ada…









