PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan dua kemudahan pembiayaan baharu berjumlah RM2 bilion di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Menurut BNM, permohonan untuk kemudahan-kemudahan itu akan dibuka bermula 3 Februari ini sehingga peruntukan digunakan sepenuhnya. Jelasnya, dua kemudahan pembiayaan itu ialah Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF) dan Kemudahan Peralihan Rendah Karbon (LCTF), masing-masing berjumlah RM1 bilion. “BRF bertujuan menyokong PKS untuk pulih dan berkembang,…










