AEON terima Anugerah Jenama Terbaik oleh World Branding - Utusan Malaysia

AEON terima Anugerah Jenama Terbaik oleh World Branding

Anugerah Jenama Terbaik 2021/2022 oleh World Branding yang dimenangi oleh AEON untuk Kategori Peruncit-Pusat Beli Belah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Co. (M) Bhd. (AEON) sekali lagi dipilih oleh badan pengiktirafan jenama global, World Branding Awards sebagai pemenang Anugerah Jenama Terbaik 2021/2022 untuk Kategori Peruncit-Pusat Beli Belah (Brand of The Year Award 2021/2022 for the Retailer-Departmental Stores Category).

Ia merupakan kejayaan tahun kedua berturut-turut oleh AEON yang dicalonkan bersama lebih 500 jenama lain dari lebih 60 buah negara.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Shafie Shamsuddin, AEON bersyukur dengan kemangan itu di mana syarikat sentiasa menjadikan pelanggan sebagai keutamaan.

“Kami terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan bagi pengalaman membeli-belah yang menceriakan di luar talian dan dalam talian, dalam persekitaran yang selamat sambil menyesuaikan diri dengan norma
baharu.

“Kami mendedikasikan pencapaian ini kepada pekerja kami yang dikenali sebagai AEON Warriors atas segala kerja keras dan komitmen mereka, serta rakan perniagaan dan pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan.

“Pengiktirafan ini sudah pasti mendorong kami untuk terus mencabar keupayaan serta mempertingkatkan ekosistem runcit kami dengan mengintegrasikan elemen teknologi, kemampanan dan tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan.

Menurut AEON, lebih 1.3 juta undian pengguna telah diterima sejak bermulanya program anugerah itu dan untuk edisi ke-14 itu, lebih 345,000 pengguna telah menyertai proses pencalonan di seluruh dunia.

Jelasnya, Pemenang dinilai secara unik melalui tiga aliran iaitu penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan pengundian dalam talian awam.

“Secara purata, hanya terdapat tujuh jenama sebagai pemenang di setiap negara, membuktikan bahawa memenangi “World Branding Awards” sememangnya satu pencapaian yang gemilang,” katanya.

Pengumuman pemenang anugerah itu telah dibuat pada hujung tahun lalu, melalui majlis dalam talian dari Istana Kensington, London. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN