73% rakyat berpendapat cukai vape terlalu tinggi - Utusan Malaysia

73% rakyat berpendapat cukai vape terlalu tinggi

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 73 peratus rakyat Malaysia berpendapat kenaikan kadar cukai eksais yang diumumkan bagi cecair vape iaitu RM1.20 setiap mililiter adalah terlalu tinggi, menurut tinjauan pendapat yang dijalankan Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA).

Tinjauan pendapat membabitkan 1,000 responden itu turut mendedahkan bahawa 85 peratus responden percaya kadar cukai yang tinggi ini boleh membawa kepada pertumbuhan pasaran gelap, 91 peratus responden berpendapat kerajaan harus menetapkan tahap cukai ke atas produk vape yang mampu menghalang pengguna daripada beralih kepada produk pasaran gelap, dan 75 peratus memohon cukai kekal rendah bagi memastikan harga yang berdaya saing.

Presiden MVIA, Rizani Zakaria berkata, hasil tinjauan ini mengukuhkan pandangan pemain industri bahawa kadar cukai untuk cecair vape terlalu tinggi. 

Jelasnya, kerajaan perlu mengambil kira kesan negatif apabila menggubal dasar cukai kerana ia akan memberi kesan kepada industri vape tempatan.

“Memandangkan Kastam telah mengumumkan penangguhan dalam melaksanakan kadar eksais yang diumumkan Oktober lepas, maka keputusan daripada tinjauan pendapat ini adalah tepat pada masanya. 

“Kami berharap ia memberi gambaran kepada kerajaan bahawa pendekatan yang wajar perlu diambil terutamanya berkaitan rangka kerja percukaian untuk industri dan kami menggesa Kerajaan mengekalkan kadar pada 40 sen setiap mililiter,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Tinjauan pendapat itu juga mendedahkan rakyat Malaysia berpandangan positif dengan kemajuan yang dicapai oleh industri vape, kerana rangka kerja percukaian seimbang boleh menjana pendapatan tambahan kepada kerajaan dan meningkatkan standard kualiti dan keselamatan produk vape. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.