Straits Energy Resources raih kontrak bekalan bahan api daripada PetroVietnam - Utusan Malaysia

Straits Energy Resources raih kontrak bekalan bahan api daripada PetroVietnam

HO KAM CHOY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Straits Energy Resources Berhad (Straits) mengumumkan bahawa ia telah memperoleh Kontrak Khusus daripada PetroVietnam Technical Services Corporation (PTSC) untuk pembekalan diesel bagi projek PM3-CAA.

Kontrak diperolehi melalui Tumpuan Megah Development Sdn. Bhd. (TMD), anak syarikat 70 peratus milik Straits.

Tempoh kontrak adalah selama tiga tahun setengah dari 6 Disember 2021 hingga 4 Jun 2025.

“Kontrak itu tidak mempunyai nilai khusus kerana bekalan diesel akan berdasarkan panggilan sepanjang tempoh, daripada kontrak tersebut.

“Projek PM3-CAA melibatkan medan luar pesisir yang terletak di sepanjang 2008 persegi sekilometer di zon bertindih antara Malaysia dan Vietnam,” jelas syarikat itu dalam kenyataan.

Menurut Straits, ia adalah kontrak antarabangsa pertama yang diperoleh susulan langkah pengembangan operasi di seluruh rantau ini.

“Anugerah itu merupakan pengiktirafan jenama Straits dalam menyampaikan perkhidmatan yang boleh dipercayai dan produk berkualiti.

“Dengan kontrak ini, PTSC akan menikmati perkhidmatan penghantaran bahan api yang sangat diyakini, cekap dan selamat melalui rangkaian komprehensif, infrastruktur dan prosedur operasi Straits yang ketat,” jelasnya.

Pengarah Urusan Kumpulan Straits, Datuk Seri Ho Kam Choy pula berkata, Kumpulan bersyukur dan berbangga kerana diberi peluang oleh syarikat yang mantap dan berwibawa seperti PTSC dan menghargai kepercayaan mereka dalam memberikan kontrak tersebut.

Kata beliau, Kumpulan Straits telah bekerja tanpa mengenal penat sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengembangkan perniagaannya dan pemerolehan kontrak telah memberikan dorongan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Dengan rangkaian kami yang mantap, infrastruktur dan saiz armada 14 kapal, kami bersedia untuk menyampaikan perkhidmatan dan produk yang boleh dipercayai untuk projek PTSC ini. Melangkah ke hadapan, kami akan melihat bagaimana kami boleh bekerjasama dengan PTSC untuk bidang kerjasama lain dalam projek mereka yang lain untuk meningkatkan aliran pendapatan kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN