PETALING JAYA: Seramai 10 peserta termasuk wartawan, berjaya menamatkan Cabaran 1,600KM Modenas Dominar D400 merentasi Banjaran Titiwangsa dalam tempoh kurang 24 jam. Cabaran itu dianjurkan oleh Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama Petron Malaysia (Petron), bulan lalu. Konvoi itu seakan sama dengan cabaran Saddlesore 1000 yang dianjurkan oleh persatuan antarabangsa Iron-Butt berpengkalan di Amerika Syarikat. Cabaran itu dianjurkan khusus bagi menguji ketahanan mental dan fizikal para penunggang…










