Malaysia Airports bantu warga kerja terjejas banjir - Utusan Malaysia

Malaysia Airports bantu warga kerja terjejas banjir

KETUA Pegawai Kewangan Kumpulan, Mohamed Rastam Shahrom dan kakitangan Malaysia Airports turut menjadi sukarelawan dalam meringankan beban dan membantu mereka yang terjejas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airports Holdings Berhad terus mempamerkan keprihatinannya dengan menghulurkan bantuan kepada lebih 1,500 komuniti setempat dan warga kerjanya yang terkesan dengan kejadian banjir baru-baru ini.

Kawasan yang disasarkan merangkumi Sepang dan Subang, Selangor serta Kuantan, Pahang yang berdekatan dengan lapangan terbang kendaliannya.

PENGERUSI Malaysia Airports, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir meluangkan masa melawat wargakerja Malaysia Airports yang merupakan mangsa banjir yang ditempatkan sementara di MATC.

Bantuan yang diberikan pula termasuk aspek sukarelawan, bantuan menyelamat, bantuan keperluan asas, makanan, tempat perlindungan dan perkhidmatan pembersihan rumah. di bawah inisiatif #MYAirportCARES.

Menurut Malaysia Airports, pihaknya turut membuka penempatan sementara bagi warga kerja yang terjejas akibat banjir di Pusat Latihan Malaysia Airports (MATC).

PENGARAH Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood membincangkan bantuan terbaik yang akan diberi kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain makanan dan keperluan asas, MATC turut menyediakan kemudahan WiFi bagi membolehkan penghuni berhubung dengan ahli keluarga lain.

Ujarnya, lebih 100 warga kerja termasuk ahli keluarga mereka telah ditempatkan di MATC dan pihaknya turut mengatur beberapa aktiviti sebagai sokongan mental dalam menghadapi musibah banjir ini seperti senaman aerobik dan aktiviti mewarna untuk kanak-kanak.

“Selain itu, turut terkesan adalah 300 pekerja anak syarikat Malaysia Airports iaitu Malaysia Airports Agriculture-Horticulture (MAAH) yang diselamatkan di kediaman mereka yang ditenggelami air.

“Warga kerja Malaysia Airports juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan mahupun keperluan asas bagi meringankan beban rakan-rakan yang telah ditimpa musibah,” jelasnya dalam kenyataan.

SEBAHAGIAN daripada 100 sukarelawan membantu membersihkan lebih 80 buah rumah mangsa banjir.

Malaysia Airports turut bekerjasama dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membantu 105 kakitangan yang terjejas di Bandar Seri Ehsan di Bukit Changgang.

Sukarelawan MalaysiaAirports turut menghulurkan bantuan kepada kakitangan yang terjejas di Kuantan.

PENGURUS Besar Malaysia Airports, Kamaruzzaman Razali menghulurkan sumbangan keperluan asas kepada warga kerja yang terkesan dalam kejadian banjir, baru-baru ini.

Bagi kakitangan terjejas di Shah Alam pula, Malaysia Airports mendapat kerjasama Masjid Tengku Ampuan Jamaah (MTAJ) Bukit Jelutong yang menyediakan tempat perlindungan sementara.

Di samping itu, atas keprihatinan bersama, Malaysia Airports turut memperuntukkan hampir RM3 juta untuk membantu wargakerjanya yang terkesan akibat banjir.

SUKARELAWAN bergotong-rotong membersihkan barangan dan perkakas rumah kakitangan yang rosak dalam banjir baru-baru ini.

Peruntukan ini termasuk pemberian keperluan asas, tempat perlindungan sementara serta bantuan kewangan yang bertujuan untuk meringankan beban kerugian akibat bencana ini dan membantu mereka memulakan semula kehidupan baharu.

Lebih daripada 800 keluarga akan menerima sumbangan sebanyak RM3,000 setiap satu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya