PETALING JAYA: Hong Leong Islamic Bank (HLISB) mengembangkan ekosistem pengurusan kekayaan Islam digitalnya dengan memperkenalkan akaun pelaburan terbatas digital pertama dalam pasaran, iaitu Akaun Pelaburan Portfolio (PIA-i). Menurut HLISB, pihaknya bekerjasama dengan Hong Leong Islamic Asset Management (HLISAM) bagi menawarkan peluang dan kebolehsampaian kepada pelanggannya untuk melabur dalam dana unit amanah patuh syariah dalam platform digital, membolehkan pelanggan menguruskan pelaburan mereka di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Katanya, prinsip syariah…










