NEW DELHI: Hyundai Motor Co. Korea Selatan merancang untuk melabur 40 bilion rupee (AS$530 juta/RM2.2 bilion) bagi pelancaran enam kenderaan elektrik (EV) di India menjelang 2028, menjadikannya usaha pemanduan bersih di negara dengan antara bandar paling tercemar di dunia itu. Pengarah jualan dan pemasaran Hyundai Motor India, Tarun Gard berkata, syarikat pengeluar kereta kedua terbesar India itu akan melancarkan model elektrik mampu milik dan premium termasuk kenderaan utiliti sukan (SUV)…










