Digital: AEON Credit bantu penjaja, peruncit - Utusan Malaysia

Digital: AEON Credit bantu penjaja, peruncit

MAJLIS pelancaran kad prihatin penjaja dan peniaga Malaysia, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: AEON Credit Service (M) Berhad dengan kerjasama In2Niaga Sdn. Bhd. serta Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melancarkan kad keistimewaan dan platform yang dapat membantu usaha pendigitalan para penjaja dan pedagang runcit di negara ini.

Menurut AEON Credit, kerjasama tersebut yang turut melibatkan perkongsian bersama Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, AEON Group Retail, VISA Malaysia dam Catasonic Corporation Sdn. Bhd. membolehkan penjaja dan pedagang runcit berdaftar dengan kementerian terbabit untuk menjamin transaksi tanpa tunai yang selamat dan berkesan untuk perniagaan mereka.

Katanya, setiap kad keistimewaan yang diberikan akan dilengkapi dengan kod QR unik untuk dipaparkan di premis perniagaan penjaja dan pedagang runcit bagi menerima transaksi daripada melalui aplikasi telefon bimbit In2Niaga.

Malah, melalui aplikasi In2Niaga, pelanggan boleh memilih pelbagai kaedah pembayaran seperti TNG e-Wallet, Maybank QR, BragPay, Boost, ShopeePay, Lazada Wallet, kad kredit dan perbankan dalam talian.

“Pemegang kad keistimewaan turut menerima manfaat daripada Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sendiri (SESSS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mana pemegang tersebut menjadi ahli secara automatik.

“Sebagai pemegang kad, skim tersebut akan menyediakan perlindungan sosial kepada penjaja dan pedagang runcit daripada kemalangan ketika menjalankan aktiviti perniagaan, membiayai kos rawatan hospital, manfaat ketidakupayaan sementara dan kekal, pampasan untuk pasangan dan waris serta manfaat-manfaat lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pengerusi AEON Credit, Ng Eng Kiat berkata, pihaknya menyasarkan untuk memberikan akses perkhidmatan kewangan kepada seluruh komuniti melalui penerbitan kad keistimewaan tersebut dalam usahanya untuk menyumbang kepada pertumbuhan mampan dan saksama kepada penjaja dan pedagang runcit.

“Sementara ia pastinya akan membantu meningkatkan capaian pelanggan dan memanfaatkan kami dalam jangka panjang, kami turut sedar akan kepentingan pendigitalan dan peranan utama yang dimainkan dalam pertumbuhan ekonomi.

“Oleh itu, adalah penting untuk kami membantu penggunaan pendigitalan dalam kalangan perniagaan tempatan, terutamanya penjaja dan pedagang runcit di Malaysia, untuk membantu mereka menguruskan perniagaan dengan lebig berkesan dan teratur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×