BAGAN SERAI: Selepas menerokai pemasaran platform digital semasa tempoh pandemik Covid-19 tahun lalu, pengusaha kuih tradisional bahulu dan peneram yang terkenal di daerah Kerian, Nab Food Industries (NAB) mahu melebarkan pasaran ke Thailand. Pengurus NAB, Nor Azizah Amri, 49, berkata, beliau sedang mempersiapkan produknya untuk mencuba nasib memasuki pasaran Thailand pada hujung bulan ini. “NAB telah lama bercita-cita untuk memasuki pasaran global dan kini platform untuk memasarkan produk ini ke…










