PETALING JAYA: AirAsia sekali lagi telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun kesembilan berturut-turut dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun kelima berturut-turut di World Travel Awards (WTA) 2021. WTA mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan di seluruh sektor utama industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti. Undian pula dikira berdasarkan pengalaman pengembara udara baru-baru ini, termasuk sebelum pandemik Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation…










