UMT, Tourism Malaysia bekerjasama - Utusan Malaysia

UMT, Tourism Malaysia bekerjasama

Majlis menandatangani kolaborasi kerjasama antara UMT dan Tourisam Malaysia di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan khidmat kepakaran kepada Tourism Malaysia bagi menarik lebih ramai pelancong, sambil merancakkan kempen pemuliharaan alam sekitar.
Majlis menandatangani kerjasama itu telah diadakan di Putrajaya, semalam.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar berkata, kolaborasi itu mampu memberi impak besar dalam pengukuhan aktiviti pelancongan domestik dan antarabangsa.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu pelbagai projek dan program strategik telah dirangka, antaranya cadangan penyelidikan antara UMT dan Tourism Malaysia.

“Hasil penyelidikan sebenar­nya dilihat mampu meningkat­kan budaya keusahawanan, mem­buka peluang pekerjaan, mem­bangunkan produk pelancongan baharu di kalangan komuniti serta berupaya memberikan impak positif bagi pe­ning­katan ekonomi kualiti taraf hidup komuniti.

“Dengan adanya kolabora­si ini, pihak universiti dapat mem­perkasakan penawaran Edu­Pe­lancongan (EduTourism) kepada pelancong tempatan ma­hupun luar negara sekali gus berupaya mempromosikan keunikan pe­lan­congan marin di Terengganu,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mazlan, antara inisiatif penyelidikan UMT yang boleh diketengahkan ialah Turtle Lab dan Program Sukarelawan SEATRU, Program Kraftangan Kercut Beting Lintang di bawah projek Mek Flora Setiu, Bengkel Coral Restoration dan pelbagai lagi program di bawah seliaan penyelidik UMT.

Kebanyakan penyelidikan dijalankan di empat Stesen Penyelidikan Alami UMT Pulau Bidong, Chagar Hutang Pulau Redang, Tasik Kenyir dan Tanah Bencah Setiu, katanya.

“Pemeteraian perjanjian kola­borasi itu memperkasakan lagi usaha dan inisiatif penyelidikan serta dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak sekali gus memartabatkan inisiatif sektor pelancongan ke tahap yang lebih tinggi,” tambah beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×