PETALING JAYA: Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus bakal membantu negara mencapai unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sekitar 5.5 hingga 6.5 peratus pada tahun hadapan. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, kadar OPR tersebut dikekalkan mengambil kira ekonomi negara masih lagi dalam fasa pemulihan dan kadar inflasi yang terkawal. Justeru, beliau berkata, masih tiada keperluan untuk mengekang pertumbuhan…










