Pau sejuk beku Nur Iman semakin dikenali - Utusan Malaysia

Pau sejuk beku Nur Iman semakin dikenali

Keenakan pau sejuk beku Nur Iman menggamit cita rasa pembeli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEENAKAN pau sejuk beku dihasilkan Nur Iman keluaran Adura Abdul, 58, semakin dikenali dalam kalangan pembeli  sekitar Kemaman, Terengganu selepas 10 tahun ia berada di pasaran.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dia memulakan perniagaan dengan menjual pau di hadapan rumah.

“Saya mengikuti kelas pembuatan pau daripada seorang guru berbangsa Cina.

“Dalam sehari, lebih 100 pau sejuk beku dihasilkan untuk tempahan sekitar Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor, ” katanya ketika dihubungi, barubaru ini.

Kata Adura, pau sejuk beku dihasilkan menawarkan pelbagai perisa enak antaranya coklat, kacang, sekaya pandan, kelapa, sardin, ayam dan daging.

Untuk tempahan hubungi talian 017-9571548 dan kunjungi Facebook Adura Abdul atau di Instagram Adurabdul.

————————————————————————————————————

HASMIDA Muhamad Nawi bersama sebahagian dari ikan-ikan yang  dijual.

Hasmida ceburi perniagaan hasil laut, sayur-sayuran

PENGALAMAN pulang ke kampung halaman di Kampung Bhagia, Tok Dor, Jerteh, Terengganu, sejak lima tahun lalu membuatkan Hasmida Muhammad Nawi, 43, mempelajari selok-belok perniagaan hasil laut dan sayur-sayuran.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia itu berkata, kedudukan rumahnya yang berhampiran Kompleks Ikan Kuala Besut,  memudahkannya mendapatkan bekalan untuk memulakan perniagaan.

“Antara hasil laut yang saya jual ialah kembung, cencaru, tilapia, selayang, tongkol, bawal, udang, ketam, sotong dan  beberapa jenis sayur.

“Selain ikan laut, saya juga menawarkan pilihan ikan darat termasuk kelah, lampam, baung dan sebarau yang mendapat sambutan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Kata Hasmida, pendapatan kasar untuk jualan ikan boleh mencecah RM700 seminggu, namun bergantung pada pesanan  pelanggan dan juga ikan segar yang dapat diborong olehnya.

Untuk tempahan, kunjungi Facebook MIDA ALI dan Instagram midanawi78 atau hubungi 017-3724358.

————————————————————————————————————

NIK Harizam Nik Mat di bengkel syrikatnya, Bilal Zakaria yang  menyediakan pengurusan jenazah lengkap.

Syarikat Bilal Zakaria sedia kit pengurusan jenazah

PENGURUSAN jenazah adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan bahkan setiap muslim dan muslimat dituntut mempunyai pengetahuan berkaitannya.

Akui pengusaha kedai kelengkapan kematian di bawah Syarikat Bilal Zakaria, Nik Harizam Nik Mat, 58, bagi memudahkan pengurusan pengebumian setiap individu perlu menyimpan kit lengkap itu.

“Persediaan kematian bukan hanya bergantung kepada amalan ketika hidup, tetapi juga keperluan dalam  menyempurnakan jenazah.

“Perniagaan Bilal Zakaria memperkenalkan set lengkap pengurusan jenazah memandangkan keperluan ini sukar diperoleh di kedai biasa.

“Atas inisiatif memberi kemudahan kepada umat Islam, set lengkap ini mengandungi semua keperluan dalam pengurusan jenazah dengan beberapa produk telah melalui proses inovasi,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Untuk tempahan, hubungi Perniagaan Bilal Zakaria di Padang Mengkuang, Bukit Payung, Terengganu di talian 012-9651036.

——————————————————————————————————-

TUAN Shahida Tuan Long menampilkan pelbagai produk makanan serta minuman kopi untuk wanita dan lelaki.

Tuan Shahida sibuk kendali pelbagai perniagaan

TEMPOH 24 jam sehari seakan tidak mencukupi bagi kebanyakan wanita, namun tidak bagi Tuan Shahida Tuan Long, 35, yang menguruskan Syarikat Tuan Shahida Enterprise.

Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu berkata, dia turut sibuk mengendalikan pelbagai perniagaan dan bengkel  miliknya menghasilkan pelbagai produk makanan dan minuman, di Kampung Larut Tin, Taiping, Perak.

“Antara perniagaan dan perkhidmatan disediakan adalah penginapan bilik sewa; kelas pengajian percuma kepada  kakitangan dan umum, menyediakan vendor usahawan, kabin rawatan dan trak makanan.

“Saya turut mengusahakan produk kudapan menerusi GSHA dan perisa yang ada termasuk Sweetginger, Serunding Halia  Ikan Bilis, Garlic Crispy, Garlic Blackpepper dan Garic Hot and Spicy.

“Saya juga mengetengahkan serbuk minuman Shahida Energy Coffee bagi memberikan tenaga tambahan terhadap  tubuh,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut, boleh kunjungi Facebook SHAHIDA ENERGY COFFEE, KUDAPAN GSHA; TUAN SHAHIDA  ENTERPRISE dan Instagram TUAN SHAHIDA TUAN LONG atau hubungi 014-2625233, 011-61339133 dan 017-8184683.

Untuk mengetahui skim pembiayaan perniagaan yang disediakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia, sila layari:
www.aim.gov.my/perkhidmatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.